Langkau ke kandungan utama

Catatan

“Perdagangan Lendir” dan Polis Syariah: Pemuda Amanah Kelantan Jangan Memalukan Negeri Sendiri

1. Membaca surat Pemuda Amanah Kelantan di Malaysiakini, kami kira mereka tersasar jauh. Kenapa? Adakah mereka merasakan atau berfikiran masih sebagai pembangkang? Tidak sedarkah bahawa kerajaan PH mereka sudahpun memiliki segala jenis kuasa nun di Putrajaya? Kenapa mahu mengikuti perangai ‘gemulah’ Kerajaan BN dahulu yang kerap menuding jari kepada PAS Kelantan contohnya dalam isu pil kuda dan jenayah rentas sempadan berkaitan penyeludupan pil ini ke Malaysia melalui sempadan Kelantan-Golok sedangkan segala jenis polis, kastam imigresen dan AKSEM semuanya berada di bawah kuasa kerajaan pusat. 2. Pemuda Amanah menyebut kononnya sebagai kerajaan berteraskan Islam di Kelantan, maka sepatutnya kerajaan negeri lebih proaktif dalam usaha menangani dan merawat masalah LGBT. YA, Pemuda PAS Kelantan tolong jawabkan! Memang kerajaan negeri melalui agensi agensinya sudah cukup proaktif dalam mendepani masalah sosial ini. Hanya orang yang tidak mahu mengetahui kebenaran sahaja yang akan menafi...
Catatan terbaharu

Syria Downs Israeli Drone Over Golan Heights

The Syrian army have downed an Israeli drone in the Syrian Golan Heights. The Israeli reconnaissance drone was shot down on Monday near the southeastern province of Quneitra shortly after it violated the Syrian airspace. The IDF confirmed the downing of the drone, a Skylark, and the Lebanese Resistance Movement Hezbollah posted pictures of the downed drone on social media pages. This latest incident comes as tensions between Israel and Syria have been escalating. Press TV reports: The “sky rider,” as it’s known in Hebrew, is a miniature surveillance drone that can be launched by one or two people, depending on the model, and once airborne, provides a live video feed to the base on the ground. The Israeli military said the circumstances of the incident were being investigated, but that there was no immediate proof that classified data could be retrieved from the device. Monday’s incident came after days of escalating tensions between Israel a...

KENYATAAN RASMI PENGARAH JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT

Saya telah meneliti video penuh ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS DUN Alur Limbat. Sekalipun ianya merupakan sebuah program yang bersifat dalaman, ianya telah tersebar di dunia siber. Malang sekali, ianya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tiada pertimbangan dosa dan pahala, sehingga memberikan gambaran yang sangat salah, seolah-olah PAS mempunyai rancangan kerjasama dengan Barisan Nasional yang semakin hilang populariti. Ucapan Presiden PAS itu disunting sebegitu rupa, hingga kita sukar untuk menerima ianya merupakan salah faham, melainkan ianya merupakan tindakan yang disengajakan untuk mengelirukan pengundi. Ayat selanjutnya yang memperdengarkan Tuan Guru Presiden menempelak ahli PAS sendiri yang berbunyi "Kalau boleh nak telan habis (semua), tapi mulut kita luas mana nak telan habis (semua)?" sengaja dipotong. Ini menjadi sandaran sangkaan kita bahawa mereka menyunting untu...

APABILA RASUAH DIANGGAP REZEKI...

Apakah yang dimaksudkan rasuah? Rasuah ialah apabila seorang cuba membayar sejumlah wang bagi melepaskan diri daripada saman trafik, dan duit itu pula diterima oleh penguatkuasa sebagai imbuhan untuk melepaskannya. Rasuah ialah apabila seorang mengambil tawaran daripada seorang pembida agar peluang dia memenangi bida tersebut menjadi tinggi sebagai imbuhan. Rasuah ialah apabila ada pihak menawarkan duit kepada pengundi supaya pengundi dapat mengundi pihaknya sebagai imbuhan. Dalam erti kata lain, rasuah sebenarnya ialah tindakan memakan harta orang lain dengan cara yang batil iaitu menerima rasuah atau suap bagi mendapatkan manfaat seperti menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya, didahulukan urusannya atau ditunda kerana suatu kepentingan atau mendapatkan satu kedudukan dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan pemberi rasuah daripada mereka di kedudukan berkuasa. Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada ma...

Kata 1MDB dah bayar semua hutang…?

Pada April yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Presiden 1MDB berkata 1MDB telah melangsaikan semua hutangnya. Arul juga berkata 1MDB akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutangnya. Semalam, media melaporkan bahawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbankan menghadapi tuntutan timbang tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syari katnya, Aabar Investments PJS (Aabar) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion (RM26 bilion). Tindakan IPIC menunjukkan rundingan antara ia dengan 1MDB telah menemui jalan buntu. Dari manakah duit yang bakal dikorek oleh Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM26 bilion sekiranya IPIC berjaya dalam tuntutannya sedangkan lebihan tunai 1MDB hanya ada di sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang? Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti men...

MUKHRIZ DAN SAYA

1. Konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa saya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan anak saya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri. Wartawan, dalam dan luar negara, juga bertanya soalan yang sama. 2. Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib. 3. Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya. 4. Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengekepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara. 5. Beliau bertanding...

GST: Selepas 1 Tahun

GST yang dilahirkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 6% kini berusia 1 tahun. Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini. Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan. Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan. GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam. Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos...