Langkau ke kandungan utama

“Perdagangan Lendir” dan Polis Syariah: Pemuda Amanah Kelantan Jangan Memalukan Negeri Sendiri

1. Membaca surat Pemuda Amanah Kelantan di Malaysiakini, kami kira mereka tersasar jauh. Kenapa? Adakah mereka merasakan atau berfikiran masih sebagai pembangkang? Tidak sedarkah bahawa kerajaan PH mereka sudahpun memiliki segala jenis kuasa nun di Putrajaya? Kenapa mahu mengikuti perangai ‘gemulah’ Kerajaan BN dahulu yang kerap menuding jari kepada PAS Kelantan contohnya dalam isu pil kuda dan jenayah rentas sempadan berkaitan penyeludupan pil ini ke Malaysia melalui sempadan Kelantan-Golok sedangkan segala jenis polis, kastam imigresen dan AKSEM semuanya berada di bawah kuasa kerajaan pusat.
2. Pemuda Amanah menyebut kononnya sebagai kerajaan berteraskan Islam di Kelantan, maka sepatutnya kerajaan negeri lebih proaktif dalam usaha menangani dan merawat masalah LGBT. YA, Pemuda PAS Kelantan tolong jawabkan! Memang kerajaan negeri melalui agensi agensinya sudah cukup proaktif dalam mendepani masalah sosial ini. Hanya orang yang tidak mahu mengetahui kebenaran sahaja yang akan menafikan kerja buat kerajaan negeri selama ini. Atau, adakah Pemuda Amanah mahu melihat YAB Menteri Besar sendiri menangkap orang berkhalwat, baru dikatakan kerajaan ini sebuah kerajaan yang proaktif menentang maksiat?
3. Kerajaan Negeri melalui kemampuan dan kuasa yang terhad telah, sedang dan akan terus bertindak menentang masalah pelacuran dan LGBT. Pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam (MPKBBRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sentiasa bertindak bila sahaja ada laporan mengenai kes maksiat ini. Operasi bersepadu bersama pihak PDRM sering digerakkan bagi menghapuskan gejala sosial terkutuk di Kelantan dan pada tahun 2016 sebanyak 7 kes mewakili masing masing pelacuran 4 kes dan pondan 3 kes telah ditangani yang mana mereka yang terlibat telah ditangkap seterusnya didakwa di mahkamah. Rekod pada tahun 2017 pula, penguatkuasa MPKBBRI dan JAHEIK telah membuat tangkapan dan pendakwaan terhadap 4 kes pelacuran serta 5 kes pondan. Bahkan terkini untuk tahun 2018 sehingga bulan Jun lalu, sebanyak 6 kes pondan dilakukan serbuan, tangkapan dan pendakwaan.
4. Baik tuan tuan, semua ini membawa maksud bahawa, surat Pemuda Amanah Kelantan kepada Malaysiakini yang menyatakan kononnya “Kerajaan Kelantan dilihat gagal menghapuskan kegiatan pelacuran seks songsang yang berlaku di sekitar bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam” adalah tersalah fakta, berniat jahat, menuduh tanpa bukti dan berhujah tanpa nas serta malas melakukan kerja rumah (homework). Menyebut “masalah LGBT yang sudah sampai ke tahap “perdagangan lendir” di negeri Serambi Mekah” amatlah dikesali dan menyedihkan. Maksud perdagangan di sini adalah kononnya seks rambang dan songsang telah menjadi satu bentuk perniagaan yang seolah olah halal dan diberikan lesen oleh kerajaan negeri. Lupakah kalian di Kelantan, bahawa semua premis bangunan dan niaga yang berunsurkan maksiat seperti judi, kelab malam, disko, nombor ekor, rumah urut dan yang seumpamanya tiada tempat di negeri tadahan wahyu ini?
5. Kami sarankan sebaiknya Pemuda Amanah Kelantan melakukan kunjung hormat ke negeri negeri yang mereka kuasai seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bagaimana Kelantan mampu untuk tidak mengeluarkan lesen lesen bagi premis maksiat ini sepanjang 28 tahun yang lalu. Masalah LGBT ini harus kita tangani bersama, bahu membahu tanpa menuding jari dan mencari kesalahan pihak lain. Jika ada maklumat, baik yang tuan tuan dapati di jalanan, ataupun yang masuk di peranti kalian melalui Wechat dan Whatsapp, maka salurkan terus kepada pihak JAHEIK dan kepada pihak D7 PDRM (Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat). Ini salurannya.
6. Kita cukup tertarik dengan minat yang ditunjukkan oleh Pemuda Amanah berkaitan Polis Syariah di Kelantan. Mereka menyindir Kelantan dengan manifesto untuk mewujudkan Polis Sejahtera (syariah) oleh PAS sepanjang tempoh kempen PRU baru baru ini. Memang benar ia adalah salah satu janji kerajaan negeri dalam usaha untuk memartabatkan lagi perlaksanaan dan penguatkuasaan undang undang syariah di negeri ini. Ia bukan suatu dongengan apatah lagi untuk dijadikan bahan lelucon oleh pihak yang sentiasa pesimis terhadap segala usaha baik kerajaan Islam Kelantan. Berikan ruang untuk Kelantan melakukan kajian mendalam dan seterusnya melalui prosedur dan segala bagai birokrasi dalam melaksanakan janji manifesto polis syariah ini. Takkanlah hanya selepas 2 bulan sahaja pilihanraya umum dilakukan, maka Kelantan terus berjaya menubuhkan polis syariah ini? Umum mengetahui bahawa hal ehwal agama berada di bawah kuasa negeri manakala pasukan polis terletak di bawah kuasa persekutuan.
7. Kelantan sudah lama mengimpikan pasukan penguatkuasa syariah yang sedemikian, persis di beberapa negara lainnya sebelum daripada ini. Arab Saudi memiliki seramai 3,500 unit khas polis dikendalikan oleh jawatankuasa hal ehwal agama dan pencegahan maksiat. Mereka bertindak antaranya mengekang kes homoseksual, pelacuran, penzinaan, arak serta murtad. Acheh juga lama meninggalkan kita sejak tahun 2005 dengan melantik 13 orang anggota polis syariah dan sehingga tahun 2014 jumlah mereka bertambah sehingga 62 orang termasuklah 14 anggota wanita. Dan lebih memalukan kita apabila negara mundur seperti Nigeria juga telah lama mewujudkan polis syariah di 5 negeri bahagian utara daripada 12 buah negeri keseluruhannya.
8. Dan untuk rekod bersama, isu polis syariah ini bukanlah satu perkara yang baharu di Malaysia. Pada 27hb Januari 2014, pihak JAKIM mengumumkan sebuah unit polis baru akan ditubuhkan dan berpusat di pejabat mereka bagi membantu menguatkuasakan undang undang berkaitan kesalahan jenayah Islam.Datuk Othman Mustapha yang merupakan Ketua Pengarah JAKIM pada waktu itu menyebut bahawa unit ini akan ditugaskan untuk menguatkuasakan semua kesalahan jenayah syariah termasuklah menangani kes syiah dan ajaran sesat. Selepas 6 bulan berlalu, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kesediaan kementeriannya untuk menempatkan pegawai dan anggota PDRM di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai polis syariah. Zahid menyebut lagi, beliau hanya menunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan itu di JAKIM. Lebih jelas lagi apabila Ketua Polis Negara pada waktu itu Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pegawai dan anggota polis akan dipinjam ke jabatan jabatan agama Islam bagi membantu penyiasatan dan penguatkuasaan jika terdapat permohonan.
9. Nah, Pemuda Amanah Kelantan, seperti kami katakan pada para pertama di atas tadi, bahawa segala kuasa ada pada kalian di Putrajaya saat ini. Kuasa Menteri Dalam Negeri, Polis, Menteri Agama, Jabatan Perkhidmatan Awam, JAKIM dan segala apa lagi yang membolehkan hasrat Polis Syariah dilaksanakan sesegera yang ada di Kelantan. Sekarang masa untuk kita sama sama depani LGBT dan seks songsang. Bukan lagi masa untuk sindir menyindir, saling mempersalahkan dan merendah rendahkan lawan politik. Beranikah kalian melawan LGBT?
Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan
12/7/2018

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapakah Abu Hurairah

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman . Asal usul gelaran Abu Hurairah Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah . Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. [1]

Apa jadi Pada Islam Hadhari?

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletakkan agama sebagai keutamaan sekiranya mahu memperbaiki kehidupan rakyat. Pembahas usul agama, Datuk Dr Haron Din berkata, tiada guna kerajaan memperkenalkan model-model Islam yang akhirnya tenggelam apabila kepimpinan negara bertukar. “Kita lihat kembali percubaan kerajaan, dahulu ada sistem kepimpinan melalui teladan dan kemudian ditukar kepada penerapan nilai Islam. Kemudian ada Islam Hadhari, banyak wang dibelanjakan dan akhinya kini hanya tinggal Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia. “Kini wasatiyah pula, tak tau apa yang dikehendaki dengan wasatiyah. Apa akan jadi akan datang? Adakah akan ada model baru yang hanya sekadar cogan-cogan yang kita dengar,” katanya dalam sesi perbahasan usul di  Kongres Rakyat, di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, terdapat lima usul agama dan pendidikan dalam kongres tersebut yang akan dicadangkan kepada kerajaan. Lima usul itu ialah men...

Syria Downs Israeli Drone Over Golan Heights

The Syrian army have downed an Israeli drone in the Syrian Golan Heights. The Israeli reconnaissance drone was shot down on Monday near the southeastern province of Quneitra shortly after it violated the Syrian airspace. The IDF confirmed the downing of the drone, a Skylark, and the Lebanese Resistance Movement Hezbollah posted pictures of the downed drone on social media pages. This latest incident comes as tensions between Israel and Syria have been escalating. Press TV reports: The “sky rider,” as it’s known in Hebrew, is a miniature surveillance drone that can be launched by one or two people, depending on the model, and once airborne, provides a live video feed to the base on the ground. The Israeli military said the circumstances of the incident were being investigated, but that there was no immediate proof that classified data could be retrieved from the device. Monday’s incident came after days of escalating tensions between Israel a...