Langkau ke kandungan utama

GST: Selepas 1 Tahun


GST yang dilahirkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 6% kini berusia 1 tahun.

Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini.

Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan.

Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan.

GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam. Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos tambang LRT, KTM, ERL, monorail, bas ekspres dan teksi. Bagi yang tidak menggunakan pengangkutan awam, mereka juga terpaksa menanggung beban yang lebih kerana GST dikenakan terhadap pembaharuan perkhidmatan Motor Takaful/Insurans.
Jadi, untuk apakah rakyat membayar GST? Makin banyak yang dibayar rakyat, makin banyak nikmat rakyat ditarik balik.

Kesan GST kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana semakin ketara. Lihatlah kadar inflasi negara yang kini mencapai 4%, kadar tertinggi bagi 7 tahun lepas.

Namun, apabila rakyat mengadu mengenai peningkatan kos sara hidup, PM pula menyalahkan kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah sebagai punca majoriti rakyat Malaysia mengalami tekanan hidup.

Mudahnya jawapan PM tanpa menyentuh GST. Seolah-olah GST dan inflasi tiada kena-mengena dengan kos sara hidup yang terus meningkat saban hari.

Kalau betul PM sedar pendidikan rakyat sebegitu penting, mengapakah PM sanggup memotong peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM2.4 bilion di Bajet 2016 manakala peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri ditingkatkan untuk 2016 (dari RM19 bilion pada tahun 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016)? Bukan itu sahaja, baru-baru ini JPM meminta lagi tambahan sebanyak RM50 juta di parlimen baru-baru ini.

Lihatlah juga bagaimana kerajaan PM sewenang-wenangnya membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara demi penjimatan RM240 juta.

Bandingkanlah juga penjimatan RM240 juta dengan penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan yang didedahkan baru-baru ini. Bandingkanlah juga penjimatan RM240 juta ini dengan tindakan kerajaan PM meminta tambahan bajet sebanyak RM3.3 bilion di parlimen baru-baru ini meskipun 2016 masih muda di bulan ketiga.

Berlatar-belakangkan ini, persoalan perlu ditanya dan dijawab - wajarkah rakyat terus berkorban untuk kerajaan PM melalui GST sedangkan tiada langkah drastik untuk menghentikan rasuah, ketirisan dan kebocoran yang semakin berleluasa sehingga tidak dapat dihidu Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian seperti yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan?

Penyelewengan sedemikian tidaklah menghairankan kerana laporan tahunan audit negara sudahpun memberikan rakyat bayangan yang sama selama ini. Cuma ia tidak diambil serius oleh kerajaan PM.

Cuma rakyat boleh terbayang betapa dahsyatnya kalau RM100 juta dapat diseleweng di Kementerian Belia dan Sukan tanpa dihidu, bagaimana pula keadaannya di Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan dan juga Jabatan Perdana Menteri yang masih belum dapat dihidu dan dibongkar sehingga kini?

Di 2016, kerajaan mensasarkan RM39 bilion daripada poket rakyat yang disedut menggunakan GST. Sedihnya, sudah nyata pengorbanan rakyat untuk GST bukanlah untuk dinikmati rakyat. Duit yang dikorbankan rakyat hanya untuk dinikmati mereka yang berada di dalam kerajaan PM. GST sudah cukup sebagai alasan mengapa kerajaan PM ini wajib ditumbangkan di PRU14.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1 April 2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapakah Abu Hurairah

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman . Asal usul gelaran Abu Hurairah Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah . Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. [1]

Apa jadi Pada Islam Hadhari?

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletakkan agama sebagai keutamaan sekiranya mahu memperbaiki kehidupan rakyat. Pembahas usul agama, Datuk Dr Haron Din berkata, tiada guna kerajaan memperkenalkan model-model Islam yang akhirnya tenggelam apabila kepimpinan negara bertukar. “Kita lihat kembali percubaan kerajaan, dahulu ada sistem kepimpinan melalui teladan dan kemudian ditukar kepada penerapan nilai Islam. Kemudian ada Islam Hadhari, banyak wang dibelanjakan dan akhinya kini hanya tinggal Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia. “Kini wasatiyah pula, tak tau apa yang dikehendaki dengan wasatiyah. Apa akan jadi akan datang? Adakah akan ada model baru yang hanya sekadar cogan-cogan yang kita dengar,” katanya dalam sesi perbahasan usul di  Kongres Rakyat, di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, terdapat lima usul agama dan pendidikan dalam kongres tersebut yang akan dicadangkan kepada kerajaan. Lima usul itu ialah men...

Syria Downs Israeli Drone Over Golan Heights

The Syrian army have downed an Israeli drone in the Syrian Golan Heights. The Israeli reconnaissance drone was shot down on Monday near the southeastern province of Quneitra shortly after it violated the Syrian airspace. The IDF confirmed the downing of the drone, a Skylark, and the Lebanese Resistance Movement Hezbollah posted pictures of the downed drone on social media pages. This latest incident comes as tensions between Israel and Syria have been escalating. Press TV reports: The “sky rider,” as it’s known in Hebrew, is a miniature surveillance drone that can be launched by one or two people, depending on the model, and once airborne, provides a live video feed to the base on the ground. The Israeli military said the circumstances of the incident were being investigated, but that there was no immediate proof that classified data could be retrieved from the device. Monday’s incident came after days of escalating tensions between Israel a...