Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

“Perdagangan Lendir” dan Polis Syariah: Pemuda Amanah Kelantan Jangan Memalukan Negeri Sendiri

1. Membaca surat Pemuda Amanah Kelantan di Malaysiakini, kami kira mereka tersasar jauh. Kenapa? Adakah mereka merasakan atau berfikiran masih sebagai pembangkang? Tidak sedarkah bahawa kerajaan PH mereka sudahpun memiliki segala jenis kuasa nun di Putrajaya? Kenapa mahu mengikuti perangai ‘gemulah’ Kerajaan BN dahulu yang kerap menuding jari kepada PAS Kelantan contohnya dalam isu pil kuda dan jenayah rentas sempadan berkaitan penyeludupan pil ini ke Malaysia melalui sempadan Kelantan-Golok sedangkan segala jenis polis, kastam imigresen dan AKSEM semuanya berada di bawah kuasa kerajaan pusat. 2. Pemuda Amanah menyebut kononnya sebagai kerajaan berteraskan Islam di Kelantan, maka sepatutnya kerajaan negeri lebih proaktif dalam usaha menangani dan merawat masalah LGBT. YA, Pemuda PAS Kelantan tolong jawabkan! Memang kerajaan negeri melalui agensi agensinya sudah cukup proaktif dalam mendepani masalah sosial ini. Hanya orang yang tidak mahu mengetahui kebenaran sahaja yang akan menafi...