Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

GST: Selepas 1 Tahun

GST yang dilahirkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 6% kini berusia 1 tahun. Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini. Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan. Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan. GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam. Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos...