Apakah yang dimaksudkan rasuah? Rasuah ialah apabila seorang cuba membayar sejumlah wang bagi melepaskan diri daripada saman trafik, dan duit itu pula diterima oleh penguatkuasa sebagai imbuhan untuk melepaskannya. Rasuah ialah apabila seorang mengambil tawaran daripada seorang pembida agar peluang dia memenangi bida tersebut menjadi tinggi sebagai imbuhan. Rasuah ialah apabila ada pihak menawarkan duit kepada pengundi supaya pengundi dapat mengundi pihaknya sebagai imbuhan. Dalam erti kata lain, rasuah sebenarnya ialah tindakan memakan harta orang lain dengan cara yang batil iaitu menerima rasuah atau suap bagi mendapatkan manfaat seperti menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya, didahulukan urusannya atau ditunda kerana suatu kepentingan atau mendapatkan satu kedudukan dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan pemberi rasuah daripada mereka di kedudukan berkuasa. Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada ma...