Pada April yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Presiden 1MDB berkata 1MDB telah melangsaikan semua hutangnya. Arul juga berkata 1MDB akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutangnya. Semalam, media melaporkan bahawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbankan menghadapi tuntutan timbang tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syari katnya, Aabar Investments PJS (Aabar) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion (RM26 bilion). Tindakan IPIC menunjukkan rundingan antara ia dengan 1MDB telah menemui jalan buntu. Dari manakah duit yang bakal dikorek oleh Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM26 bilion sekiranya IPIC berjaya dalam tuntutannya sedangkan lebihan tunai 1MDB hanya ada di sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang? Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti men...