SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletakkan agama sebagai keutamaan sekiranya mahu memperbaiki kehidupan rakyat. Pembahas usul agama, Datuk Dr Haron Din berkata, tiada guna kerajaan memperkenalkan model-model Islam yang akhirnya tenggelam apabila kepimpinan negara bertukar. “Kita lihat kembali percubaan kerajaan, dahulu ada sistem kepimpinan melalui teladan dan kemudian ditukar kepada penerapan nilai Islam. Kemudian ada Islam Hadhari, banyak wang dibelanjakan dan akhinya kini hanya tinggal Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia. “Kini wasatiyah pula, tak tau apa yang dikehendaki dengan wasatiyah. Apa akan jadi akan datang? Adakah akan ada model baru yang hanya sekadar cogan-cogan yang kita dengar,” katanya dalam sesi perbahasan usul di Kongres Rakyat, di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, terdapat lima usul agama dan pendidikan dalam kongres tersebut yang akan dicadangkan kepada kerajaan. Lima usul itu ialah men...